Pernahkah anda terfikir kenapa kebanyakan pelancong lebih gemar memilih untuk menginap di hotel berbanding di sesebuah homestay? Perbandingan yang paling ketara (selain saiz) adalah kemasan akhir yang hotel tawarkan nampak lebih menarik berbanding homestay.
Kami gunakan hotel sebagai sebuah perbandingan dan sebagai satu ‘standard’ kerana ia adalah contoh yang baik untuk menggambarkan sebuah bisnes yang menekankan kepentingan hospitaliti dan keselesaan pelanggan mereka.
Begitu juga dengan bisnes sewaan rumah anda. Sebagai tuan rumah, anda harus bayangkan anda sedang menguruskan sebuah bisnes dalam industri hospitaliti dan setiap kemasan bilik itu penting untuk menarik minat pelanggan (penyewa).
Di dalam buku ini, kita akan lihat apakah yang anda boleh lakukan sebagai Tuan Rumah untuk pastikan anda mencapai ‘standard’ seperti hotel 5 bintang.
Reviews
There are no reviews yet.